paranormalindonesiaonline.com Jasa Konsultasi Paranormal ramalan Feng Shui GRATIS, pelet jarak jauh. Hubungi Bpk.Pamera, HP: 085797189999 WhatsApp: 081910228999 PIN BBM paranormalindonesia : 265728CB

FILEM SERAM TERBARU DARI JAMES WAN


Cerita rumah berhantu atau berpuaka bukan topik asing dalam sinema tempatan mahupun antarabangsa.



Antara filem barat yang popular dengan kisah sedemikian adalah Amityville Horror, The Woman in Black, Paranormal Activity, Poltergeist, Dark Water dan The Conjuring.

Dalam senario filem tempatan pula, karya Othman Hafsham, Rahsia dan Syafiq Yusof, Villa Nabila antara yang dianggap paling hebat.

Hari ini menyebut nama pengarah James Wan, tentunya generasi baru akan menyukai salah satu filem seram yang disebutkan tadi - The Conjuring.

Tahun ini pengarah warga Australia kelahiran Kuching, Sarawak itu tampil dengan sebuah lagi karya yang tidak kurang menariknya berjudul Demonic.Bagaimanapun untuk Demonic, Wan tidak mengarah sebaliknya bertindak selaku produser.

Tugas arahan itu diserahkan ke bahu Will Canon yang sebelum ini menghasilkan filem seperti Brotherhood dan Youngster.

Demonic lakonan Maria Bello, Frank Grillo, Cody Horn, Dustin Milligan, Megan Park, Aaron Yoo dan Scott Mechlowicz bertumpu kepada kejadian pembunuhan ngeri membabitkan sekumpulan belia yang cukup menggemari aktiviti rakaman entiti paranormal.

Sebuah rumah usang di Louisiana dipilih namun kunjungan mereka ke situ hanyalah mengundang malapetaka kerana suatu ketika dulu pernah terjadi pembunuhan misteri di kediaman berhantu itu.

Bermula dengan insiden menyeramkan pada waktu malam, seorang demi seorang remaja terbabit dibunuh dan seorang gadis dipercayai hilang.

Apabila pihak polis dan pakar psikologi tiba di rumah itu mereka hanya menjumpai seorang mangsa saja, John (Milligan) yang terselamat tetapi berada dalam keadaan trauma.

Pihak penyiasat cuba mencungkil rahsia apa yang sebenarnya berlaku kepada mangsa lain dan akhirnya menemui jawapan yang sangat mengejutkan.

Namun secara keseluruhan, elemen seram dan plot filem ini tidak dapat menyamai kehebatan The Conjuring tetapi momentumnya bergerak lebih pantas berbanding sebuah lagi filem Wan iaitu Annabelle.

Demonic diedarkan di Malaysia oleh Rainfilm Sdn Bhd dan masih rancak ditayangkan di pawagam tempatan untuk ‘menakutkan’ anda.

TRAILER DEMONIC

ALAM ANEH ALAM MISTERI


@



0 komentar:

Poskan Komentar - Kembali ke Konten

FILEM SERAM TERBARU DARI JAMES WAN